Awal hidup Abraham_Lincoln

Lincoln dilahirkan di sebuah pondok kayu di pinggir Nolin Creek, Kentucky. Pondok itu mempunyai sebuah pintu, sebuah tingkap, sebuah cerobong, lantai lumpur dan luasnya besar sedikit sahaja daripada sebuah bangsal. Keluarganya sangat miskin.[2] Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya bernama Nancy Hanks. Bapanya ialah seorang yang peramah dan suka bergaul. Beliau ialah seorang petani miskin yang membanting tulang di bumi Kentucky untuk meraih hasil yang tidak menentu. Keluarga itu tidak tinggal lama di Nolin Creek. Tanah pinggir sungai di Knob Creek lebih subur lagi. Lantas keluarga Lincoln berpindah ke sana. Ketika Lincoln berusia tujuh tahun, mereka berpindah lagi, kali ini ke wilayah terbaru di Amerika Syarikat iaitu Indiana.[3]

Pada tahun 1818, sewaktu Lincoln berusia sembilan tahun, keluarganya ditimpa bencana. Akibat hidup yang perit di perbatasan, ibunya meninggal dunia. Tanpa Nancy, keluarga tersebut lama-kelamaan menjadi kucar-kacir, kotor dan sengsara. Setahun kemudian, Thomas berkahwin dengan seorang janda bernama Sarah Bush Johnston atau nama panggilannya Sally. Sally sangat baik hati dan suka bergaul dengan Lincoln.

Abraham Lincoln kadang kala dipanggil Abe Lincoln atau "Abe Jujur" selepas beliau berlari beberapa batu untuk memberi seorang pelanggan jumlah wang kecil yang tepat. Nama panggilan "Abe Jujur" datang dari satu masa apabila beliau memulakan perniagaannya yang gagal. Daripada melarikan diri seperti orang ramai, beliau tinggal dan bekerja untuk membayar hutangnya.[4]

Rujukan

WikiPedia: Abraham_Lincoln http://www.abelincolnhistory.com/ http://www.epinions.com/review/Abe_Lincoln_s_Hat__... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.gallup.com/poll/146183/Americans-Say-Re... http://www.history.com/topics/us-presidents/abraha... http://www.nytimes.com/1865/04/17/news/our-great-l... http://www.quotablelincoln.com/lincoln2_books.php http://rogerjnorton.com/Lincoln2.html http://rogerjnorton.com/Lincoln77.html http://quod.lib.umich.edu/cgi/t/text/text-idx?c=li...